Wednesday, October 8, 2008

Amazing 10 days..

Lama tiada cerita dalam blog ni, bukan tiada cerita sebenarnya. Terlalu banyak cerita yang berlaku sampai tidak tahu macamana mau mulakan. Tahun ini, hari raya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa sambutan. Sa berada di negara orang kerana tuntutan kehidupan yang harus ditunaikan. Mungkin ada hikmahnya semua ini berlaku. Banyak yang sa alami dan banyak juga yang sa lihat. Semuanya berkaitan dengan perjuangan untuk hidup dan kebahagiaan.
Baru-baru ini,saya ke negara jiran kita Singapura untuk mencari pekerjaan. Bukannya di Sabah tiada kerja,tetapi mendengarkan cerita yang banyak tentang negara jiran kita Singapore itu maka sa tertarik untuk ke sana tambahan lagi mata wang dia yang lebih tinggi berbanding matawang kita RM. Memang satu keputusan yang tidak wajar tetapi ada juga kebaikkannya. Izinkan sa bercerita serba sedikit tentang pengalaman selama 10 hari di negara jiran.
Memasuki Singapore memang agak sukar dan melalui banyak checking. Ini adalah prosedur biasa di sana memandangkan terlalu banyak pengunjung ke sana dengan pelbagai tujuan. Sebelum itu, terlupa pula saya macamana sa terbang ke Singapore ni. Ada baiknya sa mulakan dari mula agar sesiapa yang terbaca blog sa ni akan faham apa sebenarnya yang ingin sa kongsikan dengan anda. Bermula dengan satu panggilan ke iklan2 surat khabar di Sabah,sa telah berkenalan dengan satu agensi,biarlah sa panggil "perusahaan tanahtinggi" yang terletak di bandaran berjaya. Saya kemudian ke pejabat mereka dan diberi sedikit taklimat tentang kerja2 di singapore dan peraturan2nya. Nampak sangat menarik dengan gaji yang lumayan,kebajikan yang di jaga dan janji2 manis. Dari hari itu maka sa pun bersetuju mengikut mereka dan mengatur persedian ke singapore termasuklah membuat passport.
Pengurusan mereka untuk mengeluarkan passport adalah amat "mudah dan cepat" hinggakan dapat disiapkan dalam masa 2 hari sahaja walaupun sepatutnya sebulan untuk kes2 kehilangan passport seperti saya. Bayangkan betapa cekapnya mereka dalam hal-hal seperti ini. Dalam tempoh sibuk berhari raya pun mereka masih sempat menyiapkan dokumen2 yg diperlukan utk ke negara jiran tersebut.
Amat menakjubkan sebenarnya semua ini diurus,rasanya bukan calang-calang mereka kerana urusan sebegini adalah amat sukar dan memerlukan masa jika melalui jalan lurus..to be continued