Saturday, November 1, 2008

Life..never ending story

Genap la sebulan aku di KL ni,specifically di Klang. Dalam pencarian erti kehidupan yang tidak kunjung tiba pelbagai angan-angan mengundang seribu pengertian. Bukan la pertama kali hidup aku di kota besar ini,tetapi sebagai seorang pemburu kerjaya inilah pertama kali. Agar sukar untuk memperolehi apa yang kita hajatkan,namun keyakinan aku terhadap qada'dan qadar Allah swt adalah ampuh. Segala-galanya telah ditentukan semenjak azali lagi. Keyakinan ini lah yang aku pegang walau dimanapun aku berada. Ini kerana,hanya inila sahaja yang tidak pernah mengkhianati aku walau apapun adanya diriku.
Bantuan Allah tidak pernah kita ketahui bagaimana dan bila ka datangnya,yang pasti Dia tidak pernah memilih hamba-Nya dalam pemberian nikmat. Rezeki-Nya tidak putus-putus buat hamba yang memerlukan. Ini semua aku yakin,sama ada hamba itu beriman atau kufur,Dia tidak pernah putus-putus memberi rahmat dan nikmat. Bekalan keyakinan ini la yang aku pegang dan masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini. Aku akui,telah banyak kemurkaan-Nya yang telah aku lakukan,namun Dia maha adil dan maha pengampun. Ruang-ruang kejayaan dan kebahagian tetap terbuka buat setiap insan yang mencarinya.
Kalau boleh aku berkongsikan serba sedikit cerita aku buat pembaca yang tersesat ke blog aku ini,bukan apa sekadar perkongsian pengalaman yang mungkin bermanfaat kepada anda atau setidak-tidaknya sebagai peringatan kepada diriku sendiri..
Kepayahan hidup akibat penyakit kemiskinan,bukan sahaja melanda keluarga aku tetapi juga kepada hampir semua penduduk kampung. Dengan kedaifan prasarana dan kekangan pemikiran,kampung aku jauh dari arus pembangunan. Namun demikian,berkat kuasa Allh swt,kehidupan kami berubah sedikit apabila kakak aku berkahwin dengan seorang guru dan bermula dari detik inila kehidupan kami sedikit demi sedikit berubah. Walaupun peribadi abang ipar aku ini tidak la buli dibanggakan apa-apa namun titik tolak perubahan kami adalah berpunca daripadanya. Dia bertanggung jawab menghantar abang aku meneruskan pengajian agama di semenanjung dan dia juga la bertanggung jawab menghantar aku ke universiti. Sebelum sempat aku menamatkan pengajian,dia telah dipanggail oleh Allah swt kesamping-Nya. Mungkin nasibnya sudah,maka tidak sempat menyaksikan hasil usahanya.
Pengorbanan dan daya fikirnya untuk membantu keluarga aku tidak akan pernah hilang daripada jalur-jalur memori kehidupan ini. Begitu besar dan bermakna kehidupannya walaupun begitu singkat. Beliau meninggal dunia ketika usia muda dan ketika kerjayanya di ambang kecemerlangan.
Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2003,aku telah mendapat pekerjaan sebagai Research Executive di SFI,Sipitang. Aku dipilih kerana tesis akhir tahun yang banyak berkaitan dengan kompeni ini. Segalanya bermula cemerlang sehingga la suatu hari....to be continued