Saturday, September 13, 2008

Negara yang semakin kacau..

Kebelakangan ini bermacam-macam kejadian berlaku di negara kita yang tercinta ini. Perasaan sedih dan kecewa melanda kerana dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,hal-hal sebegini berlaku. Caci-mencaci,umpat-mengumpat,fitnah-memfitnah terus berlanjutan semenjak pilihanraya yang lepas. Semua perkara semacam tidak terkawal dan sesiapa sahaja bebas bertindak melakukan apa sahaja untuk mengambil kesempatan di saat genting ini. Detik 16 September dinanti oleh kebanyakkan dari kita,namun setakat mana kesahihan berita-berita yang kita dengar tiada sesiapa yang dapat memastikkannya.

Sebagai seorang yang berfikiran waras dan rasional, patut kestabilan negara kita pertahankan dan kedaulatanya kita tegakkan. Dalam negara yang sekian lama kita bina negarabangsanya, adalah amat malang jika hancur begitu sahaja demi kepentingan tembolok sebahagian kita. Harus ada tolak ansur dan pendapat majoriti rakyat kita turutkan. Soal populis dan unpopulis kita ketepikan,yang penting keharmonian semua bangsa kita pertahankan.

Kita di Sabah,tiada apa lagi yang boleh dibanggakan. Dari segala aspek kita jauh ketinggalan daripada mana-mana negeri di negara ini. Perkara yang paling berfaedah kita lakukan adalah meningkatkan taraf hidup kita semua. Dengan kekuatan ekonomi yang kita bina,saya pasti semua perkara lain akan lebih mudah kita aturkan. Pada masa kini,sedar atau tidak para pemimpin kita terhadap taraf hidup rakyat yang semakin merosot tidak kita ketahui. Para pemimpin di Sabah adalah pemimpin yang paling berahsia kepada rakyatnya sendiri.

Hanya ketika pilihanraya dan majlis-majlis yang boleh mengangkat nama mereka sahaja akan bersama-sama kita. Selain dari itu,hanya mengambil khabar tentang kita,pengundi mereka daripada sumber-sumber terdekat misalnya orang kuat mereka. Sedangkan orang-orang ini hanya tahu mengampu dan menutup kesalahan mereka masing-masing sahaja.

Baru-baru ini selepas pilihanraya, minyak telah mendadak dinaikkan sehingga lebih 40 peratus,adakah di antara YB yang kita undi di Sabah ini yang meluahkan rasa kecewa atau sekurang-kurangnya memberi penjelasan kepada kita mengapa terjadi demikian? Sedarkah mereka kawasan-kawasan seperti PITAS,KOTA MARUDU,KUDAT dan lain-lain(saya tidak pasti daerah lain) adalah amat tertekan dengan situasi ini? Adakah sebarang iniseatif untuk meringankan bebanan rakyat? Tahukah mereka bahawa harga segelen minyak regular di kampung-kampung boleh mencapai harga sehingga RM18!! Kita tidak boleh menyalahkan peniaga dengan kenaikan harga yang sebegini tinggi,kerana kos mereka juga adalah amat tinggi untuk membawa masuk barang-barang ini ke kampung.

Bagi kawasan sebahagian Pitas, konflik ini lebih membebankan apabila kawasan tanah yang dipohon di hutan-hutan berhampiran akan bakal menjadi hak milik Begaraya yang ntah darimana asal-usulnya. Manakah lagi tempat untuk orang-orang susah seperti kami mencari sesuap nasi? Tidak hairanlah kebanyakkan penduduk mengambil keputusan berhijrah ke bandar besar seperti Singapura untuk mencari sumber kewangan. Trend ini adalah kerugian besar kepada negara amnya dan negeri Sabah khususnya.

Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menghapuskan kemiskinan tegar di negeri Sabah? Peruntukkan berbilion RM akan diumukan setiap kali bajet negara diumumkan. Tapi,tahukah YB PM bahawa,sesenpun daripadsa belanjawan ini tidak sampai kepada sianu bin sianau atau sianu binti sianu di kampung anu? Ini kerana jentera yang dibentuk adalah ayam mati! hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri. Tahukah YB PM bahawa kebanyakkan Pegawai Daerah amat sukar untuk mendaftarkan penduduk miskin tegar kerana takut reputasinya hancur? Mereka terlampau kisah pasal staistik yang mahu KIR atau istilah lain yang melambangkan kemiskinan rakyat semakin turun,dan bukannya semakin menaik. Ini kerana,semua ini menurunkan kredibiliti mereka sebagai PBT.

Misalnya di Pitas,apakah wajar perkara yang ingin majukan oleh PBT adalah pelancongan? Bagaimanakah mereka menyediakan keselesaan kepada pengunjung dengan infrastruktur yang hampir tiada ini? Jalan raya,elektirik,air bersih,klinik perubatan,pengangkutan awam dan sebagainya hanya meliputi 30 peratus dari kawasannya. itupun kalau andaian saya ini betul. Datang ke Pitas dan lalui ini semua. Saya boleh tunjukkan setiap inci kemiskinan yang ada di Pitas!!!

Saya amat berharap suatu hari nanti ada kerajaan yang perhatin terhadap permasalahan kami ini,setakat ini belum ada lagi mana-mana individu PBT yang berminat mengambil tahu hal kami. Walaupun perkara ini telah saya sampaikan ke meja YB PM.

Sekiranya kerajaan baru ditubuhkan,saya berharap kami akan mendapat bahagian yang lebih seimbang dan lebih spesifik. Kalau kerajaan pandai,orang-orang kami dusun kimaragang dan bangsa lainya di Pitas adalah manusia-manusia yang rajin,masalah pertanian dan bekalan makanan negeri akan selesai dengan hanya membantu kami menjadi petani yang benar-benar petani..


No comments: