Thursday, September 18, 2008

The Sept 16: The Begining of Formation...nor Destruction???

Lihatlah bertapa rapuhnya integerasi nasional negara kita. Detik yang hanya "masa" seperti "masa-masa" biasa mampu meruntuhkan negara bangsa yang dibina sekian lama. Sekian-sekian jenis manusia mendabik dada menghina,mencerca,menyindir dan ntah apa-apa lagi perlakuan yang tidak sepatutnya apabila seseorang yang bercita-cita mulia menyuarakan kedamaian. Sememangnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Detik 16 september baru-baru ini telah berlalu dengan beberapa perkara penting yang menjadikan detik itu berharga dan dinantikan oleh kebanyakan kita di Malaysia juga beberapa negara lain yang mengambil berat terhadap isu dalaman kita. Kerajaan masih dengan sikap memperlekeh pihak pembangkang yang mahu menukar pemerintah negara ini. Sikap begini bukan sahaja memperlihatkan ketidak matangan mereka dalam berhadapan isu seperti ini malah memperlihatkan kebodohan dalam berhadapan dengan rakyat. Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat telah muak dengan penafian seperti ini. Media elektronik menjadi medan untuk memperbodohkan rakyat juga untuk propoganda. Sepatutnya media adalah bebas dan tidak cenderung kepada sesiapa.

Bagi pihak PKR pula, buat sajalah apa yang perlu. Sidang media yang berterusan pasti akan mencetuskan banyak perbalahan dan andaian yang ditimbulkan. Ini semua tidak perlu,jika benar dakwaan mereka maka terus sahaja dengan proses untuk menukar kerajaan. Jika PBS mengalami hal ini suatu masa dahulu maka belajarlah daripada sejarah. Pasti seustu boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut,UMNO melakukannya maka apa salahnya PKR pula sekarang. Teruskan usaha ini, rakyat mahu perubahan,rakyat muak penindasan sekarang.

Bagi kami di Sabah,amat menghairankan seorangpun YB dari sini tidak mengulas langsung akan hal ini. Barangkali mereka takut akan dilebel sebagai penderhaka. Nyatalah mereka tidak tahu aapa yang perlu dilakukan untuk kebaikkan rakyat yang mereka wakili. mereka lebih akur kepada kepala partai daripada minda waras untuk kebaikan rakyat mereka. Pemimpin begini,pada masa akan datang tidak perlu kita undi. Dia bukannya mewakili kita tetapi lebih memikirkan tembolok sendiri berbanding kesejahteraan rakyat!

Dimanakah maruah pemimpin-pemimpin Sabah yang hanya tahu berdiam diri berbanding mententeramkan rakyat yang masa ini tidak tentu hala. Kalau saya, perasaan kecil hati pasti akan timbul kerana YB-YB yang diperkatakan untuk melompat parti adalah kebanyakkannya dari Sabah. Barangkali inilah isunya mereka berdiam diri sekarang. Namun rakyat perlu diberitahu,input hal-ehwal terkini perlu dikongsi,rakyat akan marah sekiranya maklumat tepat tidak dikhabarkan kepada mereka. Lagipun,kami yang mengundi anda,hak kami untuk mengetahui pendirian anda!!

Diharapkan detik 16 September yang lalu adalah permulaan kepada pemantapan negara kita dalam menghadapi saat-saat yang genting di seluruh dunia sekarang. Walaupun kita ghairah dengan pelbagai retorik,pastikan kesejahteraan negara kita. kalaupun ada pertukaran kerajaa,biarlah berlaku tanpa pertumpahan darah kerana apabila ianya bermula demikian maka selama-lamanya akan berlaku demikian. Perubahan adalah kebaikan sekiranya benar,adil dan saksama!


No comments: