Tuesday, September 2, 2008

Warono kaka...

Sekian lama saya menanti peluang untuk bercerita tentang dunia saya. Dunia kecil tetapi rasanya menarik untuk diceritakan. Walaupun saya bukanlah orang yang percaya kepada dunia siber, namun masih ada dalam diri percaya bahawa dunia siber boleh menjadi wadah kepada perkongsian idea untuk meneruskan kehidupan..

Berbanding orang lain, barangkali duniaku agak sempit dan janggal. Tidak tahu kalau ini benar atau hanya perasaan diriku yang begini. Namun ada sesuatu di sana yang membuat aku lain daripada yang lain. Demikian mulanya idea menulis ini blog aku mulakan.

Di dalam blog ini, akan aku kongsikan cerita-cerita benar yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Tentang minoriti kawan-kawan kita di Sabah. Bukannya apa tetapi adakalanya perlu kita katakan bahawa sebahagian kaum di negeri kita langsung tidak diambil peduli oleh sesiapapun. Hinggakan dikhuatiri sebahagian dari mereka akan terus hilang dari dunia ini tanpa meninggalkan jejak suatu hari nanti.

BM dan BI akan menjadi antara bahasa yang akan saya gunakan, namun saya akan lebih banyak menggunakan bahasa Kimaragang dalam blog ini..semoga dengan satu-dua tulisan yang ada, ia akan menjadi satu bahan sejarah kepada bangsa ini pada suatu masa nanti andainya tiada lagi penutur bahasa ini di dunia.

Selain itu, blog ini juga akan menjadi medan perkongsian idea yang mungkin berguna kepada orang lain..so enjoy reading my blog...

No comments: